Saturday, May 30, 2009

hanya luahan.....

sesungguhnya aku bukanlah seorang yang pandai menunjukkan rasa yang berlegar didalam hati.... namun aku juga punyai perasaan seperti insan biasa, walau marah aku mampu tersenyum, walau bengang aku mampu berlagak selamba, walau sedih aku masih mampu tertawa dan sayang hanya aku yang tahu..... maaf kepada sahabat dan orang tersayang bagaimana dalamnya perasaan aku terhadap kamu semua aku tidak tahu untuk menunjukkannya....

Friday, May 29, 2009

Pahang, satu keterpaksaan

Susah bila kita dipaksa buat apa yang kita tak nak buat, malam ni biar saya menulis dengan lebih bersahaja.....Semua mesti tak suka bila di suruh buat apa yang tak suka dibuat, contohnya macam kursus ni yang terpaksa saya hadiri dalam keadaan keterpaksaan lebih menyanyat hati tempat ni terletak dikawasan pendalaman dan yang paling penting kena terperuk dalam klas untuk dengar ceramah yang langsung tak faham... aduh! sakitnya jiwa... nak jalan pun tak cukup masa lagi pulak tak tahu mana nak pergi.Petang tadi tidur tak hengat sampai x masuk kelas jalan-jalan pusat bandar Jengka nak cari makan akhirnya makan char kueyteow ngan nasi ayam dan abc jagung, mana-mana pun boleh makan. Ikan patin tak makan pulak n yang rasa terkejut sangat harga makanan disini lebih mahal dari di Shah ALam dan Kuala Lumpur, bayangkan la ikan Talapia goreng pun sampai RM6. huh...!Nasib baik juga dalam kelas ni ada signal wifi boleh juga layan internet.Apa-apa pun esok saya dah buat keputusan untuk pulang awal dan singgah ke Gunung Senyum satu-satunya perkara yang boleh buat saya tersenyum kembali setelah kehampaan didesak untuk kesini.Niat di hati mahu ke Kg. Pulau Tawar untuk ke makam Mat Kilau tapi disebabkan kekangan waktu niat tersebut terpaksa dibatalkan.

Wednesday, May 27, 2009

Naik Bukit Tangga, Turun Bukit Putus. Satu perjalanan yang tidak dirancang .


Malam isnin 25 mei 2009 saya mendapat panggilan dari abang memberitahu yang dia perlu menghadiri satu temuduga di Ampangan, Seremban . Dia memberitahu yang dia ingin pulang ke Port Dickson malam itu juga sebelum menghadiri temuduga pada keesokan harinya .Tanpa berfikir panjang saya cakap "aku nak ikut kau balik", walaupun keesokannya bukanlah hari cuti . Keesokan harinya saya menalifon ke pejabat untuk memberitahu saya ambil cuti untuk hari itu . Jam 8.00 pagi saya sampai ke tempat temuduga dan meninggalkan abang di situ lalu belegar-legar di sekitar bandar Seremban sebelum membuat keputusan ke Muzium Negeri . Ternyata apabila sampai muzium masih belum di buka, saya berehat di sekitar muzium dan mengambil beberapa gambar sebelum berkira-kira untuk menentukan destinasi selepas ini sementara menunggu abang selesai temuduga. Sebelum ke muzium tadi ada terfikir untuk keKuala Pilah untuk ke Makam Tuan Tulis, jadi saya rasa lebih baik meneruskan niat tersebut lalu mengambil jalan ke Ampangan lalu terus ke Kuala Pilah tetapi sampai di simpang ke Kuala Klawang (Jelebu) saya terus mengambil jalan ke Kuala Klawang untuk ke makam Moyang Salleh . Sebelum sampai di makam Moyang Salleh saya sempat melawat ke Masjid Kuala Dulang yang mempunyai sejarah dan Misteri tertentu . Setelah selesai menziarah Makam Moyang Salleh saya membuat keputusan untuk mengambil jalan melalui Simpang Pertang untuk ke Kuala Pilah dan melawat Makam Tuan Tulis di Kampung Talang. Saya kemudian ke Bandar DiRaja Seri Menanti yang mana disitu terletaknya Istana Seri Menanti dan Kompleks Makam DiRaja Negeri Sembilan...


Masjid Kuala Dulang, masjid ini adalah masjid yang tertua didaerah Jelebu .Masjid ini dikatakan di asaskan oleh dua orang ulama dari Minang Kabau dalam abad ke 16 . Selanjudnya sila baca penerangan di bawah ya ...



Penerangan tenteng Masjid Kuala Dulang yang bermisteri kerana dikatakan satu waktu dahulu ada dulang yang berisi makanan ditemui tanpa diketahui siapa yang menghidangkannya.



Makam Moyang Salleh Yam Tuan Jelebu..




Makam Moyang Salleh atau yang bergelar Dato' Mendalika Menteri Akhir Zaman Sutan Jelebu yang diberikan Sultan Johor setelah peristiwa "memutuskan tali ke johor".





Dan ini adalah meriam yang dikatakan milik Dato Undang Abdullah kerana dipangkal meriam ini terukir "Undang Abdullah" dalam tulisan Jawi.




Sedikit penerangan tentang Meriam Dato' Undang Abdullah.








Makam Tuan Tulis Ismail, Tuan Tulis adalah seorang agama yang terkenal dengan kezuhudan dan ketekunan dalam beribadah. Terdapat juga cerita tentang ke karomahan beliau yang sering diceritakan orang apabila ada orang yang memberitahu yang dia terjumpa Tuan Tulis di Mekah sedangkan beliau pada ketika itu berada di kampung, sebagai bukti orang yang mengatakan terjumpa dengan Tuan Tulis menunjukkan sebilah pisau milik Tuan Tulis yang tercicir di Mekah ketika membantu memadamkan kebakaran di sana.






Semasa saya sampai makam ini berkunci, saya tidak menalifon pemegang kunci untuk masuk kedalam kerana mahu cepat untuk mengambil abang setelah dia selesai temuduga .





Saya mengintai ke dalam dari tingkap ini .





Istana Seri Menanti yang dikatakan di bina tanpa sebarang paku, didirikan begitu indah dengan kedudukan yang mengambil kira beberapa faktor yang mendorong kesejahteraan penghuni istana.









Replika Batu Kasur dan Batu Tikam . Batu Kasur ini dibina menyerupai bentuk asal Batu Kasur di Alam Minangkabau Sumatera Barat , Indonesia . Setiap anak raja yang bakal menaiki takhta haruslah tidur di batu ini yang dilapik dengan daun 'jelatang' sejenis daun gatal dan beberapa ujian lain selama tempoh yang ditetapkan sebelum dianggap lulus ujian.





Wakaf dalam Kompleks Makam Diraja Negeri Sembilan .



Kompleks makam yang baru.




Kalau tak silap saya ini adalah makam Almarhum Tuanku Jaffar .Sebenarnya sebelum ini saya telah merancang untuk ke Kelantan dan membuat lawatan di beberapa tempat disana tetapi terpaksa dibatalkan kerana urusan kerja . Esok saya akan ke Pahang juga atas urusan kerja dan jika berkesempatan saya akan membuat lawatan disana pula. Oh, sebelum terlupa tajuk yang saya berikan pada posting ini adalah kerana saya membuat perjalanan bermula dengan melalui Bukit Tangga ke Kuala Klawang lalu melalui Simpang Pertang untuk ke Kuala Pilah dan pulang melalui Bukit Putus .














Monday, May 18, 2009

Perjalanan terbaru ke Melaka

Jonker Walk
Pada hari rabu lalu bersamaan 13 mei 2009 semasa dalam perjalanan ke KLIA untuk menghantar seorang kawan pulang ke Sabah saya menerima satu panggilan dari pejabat memberitahu supaya saya ke Melaka bagi mengiringi pelajar bagi satu program keluarga angkat di sana .Saya mengambil keputusan untuk singgah dirumah mak dan abah untuk mengambil kereta kecil kesayangan .Bergerak dari rumah di Shah Alam saya berharap agar keadaan cuaca yang tadinya hujan semasa pulang dari KLIA akan bertukar cerah ,alhamdulillah ternyata hujan yang tadinya lebatbertukar redup tetapi tiada setitis hujanpun cuba membasahi bumi .Dari Port Dickson saya lalu ke Pantai Puteri ,ermm kalau tak silap dekat dengan Kelebang rasanya tapi yang pasti betul-betul dekat dengan kawasan permakaman yang terletak makam seorang pahlawan Melayu yang terkenal iaitu Hang Tuah .Di pendekkan cerita hari jumaat 15 mei baru ada masa untuk berjalan-jalan sekitar Melaka . Niat pertama semestinya menziarahi makam Hang Tuah ,tetepi niat itu tak kesampaian kerana orang yang saya harapkan menunjukkan jalan ke bandar Melaka tidak mahu singgah di situ . Sampai di Bandar Melaka saya mengambil keputusan untuk membuat haluan sendiri bersama dua orang adik yang baru dikenali sepanjang program ,sebabnya pemandu satu lagi tak "masuk kepala" dengan kami .Kami berjalan disekitar tempat-tempat bersejarah berhampiran Bukit St.Paul .Cerita saat kegemilanagn Melaka dan kejatuhannya bermain difikiran ,pastinya ada sebab kenapa semua itu boleh berlaku dan semoga ia menjadi tauladan bagi kita hari ini supaya kita tidak lagi dijajah samaada secara terang-terangan atau terselindung .
Setalah berjalan di sekitar muzium yang tidak lagi di buka kerana kami sampai lewat sedangkan hampir semua muzium ditutup jam 5.00 petang saya mengambil keputusan untu membawa adik yang berdua tu berjalan kaki di Jonker Walk dan kawasan sekitar yang mempunyai bangunan-bangunan yang memiliki senibina lama , lalu saya terjumpa ini . Makam Hang Kasturi ,tak dapat pergi makam Hang Tuah makam Hang Kasturi pun jadilah......

Hang Kasturi adalah salah seorang dari Lima Pahlawan Bersaudara iaitu Hang Tuah ,Hang Jebat ,Hang Lekir , Hang Lekiu dan Hang Kasturi yang terkenal dalam lagenda Melayu yang menceritakan kehebatan pahlawan-pahlawan Melayu .


Makam Hang Kasturi dari luar pagar .