Tuesday, January 3, 2012

Peringatan Pada Diri

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia".

Kata-kata keramat, firasat, alamat, Panglima Besar Tun Tuah.

Alhamdulillah akhirnya terbuka juga hati untuk menulis semula setelah sekian lama menyepi . Banayak perjalanan yang dibuat tetapi tidak di rekodkan disini bukan kerana kedekut untuk dikongsi tetapi rasa dalam hati ini yang masih belum cukup. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" kata-kata keramat, firasat, alamat, Panglima Besar Tun Tuah yang sering belegar dikalangan Melayu yang penuh hikmat wasiat untuk kekita pada Permulaan Penghujung ini. Tapi siapakan "Melayu" yang dimaksudkan oleh Panglima ?!!! Dengarlah perkataan Tun Tuah ini betul-betul faham dalam-dalam.

PERINGATAN PADA DIRI

Dengan nama Allah yang Pengasih dan Penyayang, Segala Pujian Bagi Allah yang Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Agung, Yang Asal tiada Mula, Akhir Tiada Penghujung, Maha Tunggal Dalam Kesempurnaan, Selawat dan Salam ke atas Rasul junjungan Muhammad S.A.W dan Ahlul Bait A.s dan keluarga baginda, buat sahabat-sahabat yang berjalan atas kebenaran, ibu bapaku, para leluhur ku, guru-guruku dan kalian-kalian yang berada disamping semoga dalam kesejahteraan dan dalam Rahmat Allah S.W.T.

Aku memohon berlindung dengan Nama Allah yang Maha Perlindung dari bicara yang derhaka dari kenyataan yang menjauhkan. Merenung kedalam diri ini tidak dapat tidak terasa diri ini penuh dengan dosa dan kesalah. Ingatlah kepada asal tujuan hidup, bukan mengejar cita-cita yang sementara sifatnya kerana tujuan dan cita-cita itu berlainan sifatnya. Cita-cita itu adalah keinginan nafsu yang pelbagai sedangkan tujuan hidup itu adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Engkau melakukan segalanya untuk mengejar cita-cita ketahuilah bahawa akhirnya engkau akan hampa kerana dunia ini sementara. Bukalah matamu kerana tuhan telah memberimu dua mata untuk melihat kepada kebenaran tuhan telah memberimu dua telinga untuk mendengar kepada dua belah pihak agar engkau dapat mengenali yang haq dan yang batil. Begitu juga tuhan telah memberimu dua tangan dan kaki dalam satu batang tubuh yang sama dan itulah kesempurnaan yang harus engkau perhatikan. Dan tuhan telah memberikan Akal untuk membezakan engkau dan hewan. Dan akal inilah yang egkau gunakan untuk membezakan haq dan batil. Agama itu adalah kesejahteraan. Ketahuilah bahawasa masanya telah makin hampir. Persiapkanlah dirimu kerana waktu makin Hampir!!!

No comments:

Post a Comment