Wednesday, May 27, 2009

Naik Bukit Tangga, Turun Bukit Putus. Satu perjalanan yang tidak dirancang .


Malam isnin 25 mei 2009 saya mendapat panggilan dari abang memberitahu yang dia perlu menghadiri satu temuduga di Ampangan, Seremban . Dia memberitahu yang dia ingin pulang ke Port Dickson malam itu juga sebelum menghadiri temuduga pada keesokan harinya .Tanpa berfikir panjang saya cakap "aku nak ikut kau balik", walaupun keesokannya bukanlah hari cuti . Keesokan harinya saya menalifon ke pejabat untuk memberitahu saya ambil cuti untuk hari itu . Jam 8.00 pagi saya sampai ke tempat temuduga dan meninggalkan abang di situ lalu belegar-legar di sekitar bandar Seremban sebelum membuat keputusan ke Muzium Negeri . Ternyata apabila sampai muzium masih belum di buka, saya berehat di sekitar muzium dan mengambil beberapa gambar sebelum berkira-kira untuk menentukan destinasi selepas ini sementara menunggu abang selesai temuduga. Sebelum ke muzium tadi ada terfikir untuk keKuala Pilah untuk ke Makam Tuan Tulis, jadi saya rasa lebih baik meneruskan niat tersebut lalu mengambil jalan ke Ampangan lalu terus ke Kuala Pilah tetapi sampai di simpang ke Kuala Klawang (Jelebu) saya terus mengambil jalan ke Kuala Klawang untuk ke makam Moyang Salleh . Sebelum sampai di makam Moyang Salleh saya sempat melawat ke Masjid Kuala Dulang yang mempunyai sejarah dan Misteri tertentu . Setelah selesai menziarah Makam Moyang Salleh saya membuat keputusan untuk mengambil jalan melalui Simpang Pertang untuk ke Kuala Pilah dan melawat Makam Tuan Tulis di Kampung Talang. Saya kemudian ke Bandar DiRaja Seri Menanti yang mana disitu terletaknya Istana Seri Menanti dan Kompleks Makam DiRaja Negeri Sembilan...


Masjid Kuala Dulang, masjid ini adalah masjid yang tertua didaerah Jelebu .Masjid ini dikatakan di asaskan oleh dua orang ulama dari Minang Kabau dalam abad ke 16 . Selanjudnya sila baca penerangan di bawah ya ...



Penerangan tenteng Masjid Kuala Dulang yang bermisteri kerana dikatakan satu waktu dahulu ada dulang yang berisi makanan ditemui tanpa diketahui siapa yang menghidangkannya.



Makam Moyang Salleh Yam Tuan Jelebu..




Makam Moyang Salleh atau yang bergelar Dato' Mendalika Menteri Akhir Zaman Sutan Jelebu yang diberikan Sultan Johor setelah peristiwa "memutuskan tali ke johor".





Dan ini adalah meriam yang dikatakan milik Dato Undang Abdullah kerana dipangkal meriam ini terukir "Undang Abdullah" dalam tulisan Jawi.




Sedikit penerangan tentang Meriam Dato' Undang Abdullah.








Makam Tuan Tulis Ismail, Tuan Tulis adalah seorang agama yang terkenal dengan kezuhudan dan ketekunan dalam beribadah. Terdapat juga cerita tentang ke karomahan beliau yang sering diceritakan orang apabila ada orang yang memberitahu yang dia terjumpa Tuan Tulis di Mekah sedangkan beliau pada ketika itu berada di kampung, sebagai bukti orang yang mengatakan terjumpa dengan Tuan Tulis menunjukkan sebilah pisau milik Tuan Tulis yang tercicir di Mekah ketika membantu memadamkan kebakaran di sana.






Semasa saya sampai makam ini berkunci, saya tidak menalifon pemegang kunci untuk masuk kedalam kerana mahu cepat untuk mengambil abang setelah dia selesai temuduga .





Saya mengintai ke dalam dari tingkap ini .





Istana Seri Menanti yang dikatakan di bina tanpa sebarang paku, didirikan begitu indah dengan kedudukan yang mengambil kira beberapa faktor yang mendorong kesejahteraan penghuni istana.









Replika Batu Kasur dan Batu Tikam . Batu Kasur ini dibina menyerupai bentuk asal Batu Kasur di Alam Minangkabau Sumatera Barat , Indonesia . Setiap anak raja yang bakal menaiki takhta haruslah tidur di batu ini yang dilapik dengan daun 'jelatang' sejenis daun gatal dan beberapa ujian lain selama tempoh yang ditetapkan sebelum dianggap lulus ujian.





Wakaf dalam Kompleks Makam Diraja Negeri Sembilan .



Kompleks makam yang baru.




Kalau tak silap saya ini adalah makam Almarhum Tuanku Jaffar .Sebenarnya sebelum ini saya telah merancang untuk ke Kelantan dan membuat lawatan di beberapa tempat disana tetapi terpaksa dibatalkan kerana urusan kerja . Esok saya akan ke Pahang juga atas urusan kerja dan jika berkesempatan saya akan membuat lawatan disana pula. Oh, sebelum terlupa tajuk yang saya berikan pada posting ini adalah kerana saya membuat perjalanan bermula dengan melalui Bukit Tangga ke Kuala Klawang lalu melalui Simpang Pertang untuk ke Kuala Pilah dan pulang melalui Bukit Putus .














No comments:

Post a Comment