Tuesday, October 27, 2009

Perjalanan ke Negeri Perak.....

Membuka cerita dengan sebuah gambar yang menunjukkan bukti pahlawanan Melayu yang sedia menentang penjajah yang cuba menjajah bumi bertuah ini. Perjalanan hari kedua bermula seawal pagi menuju ke Pasir Salak daerah yang terkenal dengan peristiwa pembunuhan Residen British di Perak yang pertama J.W.W Birch setelah Sultan Perak Sultan Abdullah mencurigai perjajian Pangkor 1874.
Tugu keris dihadapan Muzium Sejarah Perak yang menunjukkan kekentalan semangat perjuangn orang-orang Melayu.

Sedikit penerangan tentang Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Di sungai inilah yang telah menyaksikan keberanian pahlawan-pahlawan Melayu.......

Contoh rumah kutai yang terdapat di kompleks sejarah Pasir Salak.

Selesai melawat sekitar kompleks sejarah Pasir Salak sewaktu keluar simpang saya terjumpa ni apa lagi saya pun terus membelok kelorong yang ditunjukkan.

Makam Sultan Muhammad Iskandar Shah dan makam Sultan Ahmad Tajuddin......

Dari sudut berbeza....

Papan tanda yang menunjukkan kedudukan makam Sultan-Sultan Perak terdahulu....

Sedikit penerangan tentang Makam atau lebih tepat batu peringatan Raja Ahmad Shah (Raja Kecil Tengah) Ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang dikatankan mati terjatuh diKuala Sungai Terus.

Batu peringatan yang didirikan bagi memperingati Raja Kecil Tengah.... Sapatutnya binaan seperti ini dapat diwujudkan bagi memelihara makam-makam lainnya kerana kebanyakan makam-makam lain tidak kemas, semak dan tidak bertanda.....

Keramat Kuala Bidor berhampilan Sg. Suli dalam Kg. Bahagia....Walaupun namanya Keramat Kuala Bidor tetapi letaknya lebih hampir ke Teluk Intan......

Keramat Kuala Bidor... Terdapat tanda-tanda pemujaan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di sini......

Perigi yang terdapat berhampiran Keramat Kuala Bidor....

Di dalam gambar kelihatan Along dan Apiz yang sedang memebebel akan sesuatu sambil menunjukkan kesan pemujaan di tepi Keramat Kuala Bidor......

Dalam perjalanan pulang ke Shah Alam saya singgah ke Kg. Sg. Burung mencari kunci air berhampiran sungai...Kata ayah disitulah tempat kelahirannya, walaupun kebanyakan penduduk di Tjg. Karang adalah berketurunan Jawa atau Banjar tetapi ayah adalah berketurunan Minang bahkan kata ayah lagi sewaktu dia kecil keluarganyalah satu-satunya yang berketurunan Minang disitu...

Mungkin inilah kunci air yang dimaksudkan.......





















Monday, October 19, 2009

Singgah sebentar di Bukit Melawati....

Khamis malam jumaat 15 oktober 2009 along saya menjemput Apiz datang bertandang ke rumah saya di Shah Alam. Apiz dan along cuti selama tiga hari bermula jumaat, beberapa minggu sebelum, Apis ada menalifon dan mengajak ke Pulau Besar di Melaka tetapi ajakan Apis terpaksa di tolak kerana beberapa perkara....Jadi jumaat saya mencadangkan kami membuat perjalanan ke Perak, ataupun sebelum itu ke sekitar Bukit Melawati sahaja tetapi apabila saya bersuara ingin ke Telok Intan merekapun terus bersetuju tanpa berfikir panjang...Kos pengangkutan, tempat tinggal semua tidak difikirkan, petang jumaat selepas saya pulang dari tempat kerja kami berkemas barang-barang keperluan lalu menghidupkan enjin kereta berbekalkan doa kami memulakan perjalanan, singgahan pertama adalah Bukit Melawati di Kuala Selangor.

Perigi beracun, perigi beracun ini juga terdapat di Kota Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan.
Kedudukannya juga hampir sama di atas sebuah bukit menghadap laut cuma perigi serupa di Kota Lukut nampak lebih terbiar....


Sedikit penerangan tentang perigi beracun yang menjadi tempat penyiksaan orang-orang yang menderhaka.

Sampai di atas bukit saya sempat memberi kera-kera ni makan kacang panjang yang dibeli dari seorang abang di situ dengan harga RM2. Seronok kera-kera ini mendapat makanan percuma dari pelancong-pelancong yang datang melawati tempat bersejarah ini.



Antara kera-kera yang sempat berposing di hadapan lensa kemera.


Batu Hampar. Dikatakan Batu Hampar ini digunakan sebagai tempat menjalankan hukum pancung.


Papan tanda yang disediakan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Dalam perjalanan menuruni bukit saya singgah ke kawasan permakaman Diraja.


Meriam penggawa, meriam yang dikatakan ditemui oleh seorang penggawa di Pasar Kuala Sungai Buluh, dalam daerah Kuala Selangor pada tahun 1961.

Sedikit peneranagn mengenai meriam penggawa ini.
Di dalam Kompleks Pemakaman Diraja Selangor yang menempatkan beberapa buah makam sultan-sultan selangor terdahulu.

Batu tanda yang menunjukkan kedudukan-kedudukan makam dan sedikit penerangan dan salahsilah kesultanan Selangor.....

Makam yang dikatakan makam Hulubalang Panglima Hitam atau ini sendiri adalah Makam panglima hitan saya kurang pasti.. yang pasti terdapat dua makam di sini salah satunya yang gambarnya diatas ini, Saya tidak menyelak kain yang menutupi nesan ini walapun saya berniat berbuat demikian.

Satu lagi makam Hulubalang Panglima Hitam. Selepas eslesai melawat kawasan permakaman ini saya terus menghala ke Telok Intan melalui jalan lama.










Wednesday, July 29, 2009

Catatan perjalanan Ke Melaka...

Setelah lama tidak menulis terasa ingin menyambung cerita dan menyelesaikan catatan perjalanan yang dilakukan beberapa bulan lalu...Bila tarikhnya dan tidak berapa ingat, yang pasti pada ketika itu terasa seperti hati saya ini ditimpa batu yang berat dan memerlukan saya untuk melapangkan masa sendirian..Lama sudah tidak menulis membuatkan idea untuk menulis tersekat-sekat...sebenarnya saya cuba memuat naik sebuah gambar lain sebagai hiasan catatan ini tetapi keadaan internet yang agak lembab menghalang..Saya bercadang membuat catatan ini kepada dua bahagian, bahagian pertama ini saya ingin memaparkan masjid-masjid disepanjang perjalanan saya dan bahagian kedua nanti saya akan memaparkan makam-makam orang-orang yang terdahulu...
Perjalanan ini dibuat tanpa perancangan yang lengkap, kira mengejut je... seingat saya hari itu hari rabu, saya pulang ke port dickson sebelum keesokan paginya memulakan perjalanan... Pagi khamis saya memulakan perjalanan dari port dickson menggunakan jalan pantai dan bersarapan pagi di Kampung Pantai Rombang, sebelum ke Makam Hang Tuah ( cerita ni saya tulis kemudian ya) ...

Seni bina masjid-masjid lama di melaka yang hampir sama menunjukkan yang ianya di bina dalam satu zaman ...

Dengan niat untuk mencari dan menziarahi beberapa buah masjid dan makam-makam lama yang mempunyai sejarah saya terus menuju ke bandar Melaka Bandaraya bersejarah. Silalah jamu mata dengan gambar-gambar yang disajikan . Untuk makluman disediakan sedikit penerangan. Untuk maklumat lajut cari la sendiri ya.

Dalam perjalanan kebandar saya berhenti di Masjid Tengkera


Baca lah sendiri ya.


Ini pun sama juga...


Ukiran dan seni reka Masjid Tengkera


Terpesona....

Uniknya....


Ukiran gerbang masuk ke masjid...

Ruang solat, ukiran mimbarnya cukup unik dan indah sekali..



Masjid Kampung Kling.


Boleh dikatakan setiap masjid yang saya ziarahi hampir sama rekabentuknya, reka bentuk ini menyerupai reka bentuk Masjid Demak, ya mungkin juga ada penambahan senireka dari unsur-unsur lainya.



Penerangan tentang Masjid Kampung Kling

Ruang solat di dalam masjid.


Masjid Kampung Hulu , Cukup sampai disini dulu , selepas ini saya akan cuba memuat naik beberapa gambar lagi sekitar perjalanan menuju ke Muar dan perjalanan pulang pula. Sekian....
























Thursday, June 18, 2009

Hutan Sg Kancing.... santai tak diduga...

terjun...
Begitulah rupanya pabila kerbau balau di benarkan terjun bebas ala-ala superkerbau....haha... Isnin lalu selepas penat dari hari Jumaat sabtu dan ahad membuat perjalanan dari Selangor Negeri Sembilan dan Pahang saya membuat keputusan untuk cuti mengejut setelah bangun subuh dan kemudian sambung kembali sehingga jam 10pg... selepas zohor Apis kawan serumah tempat saya menumpang di Kg.Cheras Baru mengeluarkan idea-idea nakal lalu mendorong saya untuk bersantai di sungai... Setelah beberapa perbincangan kami bersetuju untuk ke Hutan Lipur Sg. Kancing yang saya tak pasti sama ada terletak di Rawang atau Selayang.. Lebih kurang jam 4ptg saya dan apis bertolak dari rumah di Kg Cheras Baru ke Bukit Nanas kerana abang menunggu di sana... Memang seronok dapat mandi sungai ke air terjun ni, ermmm yang penting memang seronok, air sejuk o...Selepas mandi-manda kami mengisi perut di GreenWood, entah apa nama kedainya.Oh! Sebenarnya saya ke pahang untuk menghadiri majlis pernikahan sepupu di Kuala Rompin, Pahang, tetapin tidak sempat membuat lawatan di tempat yang menarik disana atas beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan. Kepada Zizie dan Maya selamat pengantin baru semoga jodoh kamu berkekalan...amin...Minggu ini menjadi minggu yang begitu memenatkan kerana banayak perkara yang perlu diselesaikan . Apa pun semuanya berjalan dengan lancar walaupun tidak mengikut perancangan asal...

Tuesday, June 2, 2009

Semakin kita melihat,
Semakin banyak yang kita takterlihat,
Semakin kita berjalan terasa semakin jauh,
Semakin kita mencari ,
Semakin kita bingung apa yang di cari,
Semakai kita ingn mengapai,
Semakin tak tercapai,
Dunia,
Makin kita kejar,
Makin jauh...

Bantu-membantu. Membaik pulih Dewan Tok Kenali...

Mari kita tolong membaik-pulih Dewan Tok Kenali. Sejumlah RM350, 000 diperlukan sejak lebih setahun lalu tetapi cuma RM70,000 sahaja berjaya diperolehi setakat ini. Sila hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Atau datang sendiri ke Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan.
Ini adalah promosi yang saya ambil dari Catatan Si Merah Silu, mari kita sama-sama bantu....

Saturday, May 30, 2009

hanya luahan.....

sesungguhnya aku bukanlah seorang yang pandai menunjukkan rasa yang berlegar didalam hati.... namun aku juga punyai perasaan seperti insan biasa, walau marah aku mampu tersenyum, walau bengang aku mampu berlagak selamba, walau sedih aku masih mampu tertawa dan sayang hanya aku yang tahu..... maaf kepada sahabat dan orang tersayang bagaimana dalamnya perasaan aku terhadap kamu semua aku tidak tahu untuk menunjukkannya....

Friday, May 29, 2009

Pahang, satu keterpaksaan

Susah bila kita dipaksa buat apa yang kita tak nak buat, malam ni biar saya menulis dengan lebih bersahaja.....Semua mesti tak suka bila di suruh buat apa yang tak suka dibuat, contohnya macam kursus ni yang terpaksa saya hadiri dalam keadaan keterpaksaan lebih menyanyat hati tempat ni terletak dikawasan pendalaman dan yang paling penting kena terperuk dalam klas untuk dengar ceramah yang langsung tak faham... aduh! sakitnya jiwa... nak jalan pun tak cukup masa lagi pulak tak tahu mana nak pergi.Petang tadi tidur tak hengat sampai x masuk kelas jalan-jalan pusat bandar Jengka nak cari makan akhirnya makan char kueyteow ngan nasi ayam dan abc jagung, mana-mana pun boleh makan. Ikan patin tak makan pulak n yang rasa terkejut sangat harga makanan disini lebih mahal dari di Shah ALam dan Kuala Lumpur, bayangkan la ikan Talapia goreng pun sampai RM6. huh...!Nasib baik juga dalam kelas ni ada signal wifi boleh juga layan internet.Apa-apa pun esok saya dah buat keputusan untuk pulang awal dan singgah ke Gunung Senyum satu-satunya perkara yang boleh buat saya tersenyum kembali setelah kehampaan didesak untuk kesini.Niat di hati mahu ke Kg. Pulau Tawar untuk ke makam Mat Kilau tapi disebabkan kekangan waktu niat tersebut terpaksa dibatalkan.

Wednesday, May 27, 2009

Naik Bukit Tangga, Turun Bukit Putus. Satu perjalanan yang tidak dirancang .


Malam isnin 25 mei 2009 saya mendapat panggilan dari abang memberitahu yang dia perlu menghadiri satu temuduga di Ampangan, Seremban . Dia memberitahu yang dia ingin pulang ke Port Dickson malam itu juga sebelum menghadiri temuduga pada keesokan harinya .Tanpa berfikir panjang saya cakap "aku nak ikut kau balik", walaupun keesokannya bukanlah hari cuti . Keesokan harinya saya menalifon ke pejabat untuk memberitahu saya ambil cuti untuk hari itu . Jam 8.00 pagi saya sampai ke tempat temuduga dan meninggalkan abang di situ lalu belegar-legar di sekitar bandar Seremban sebelum membuat keputusan ke Muzium Negeri . Ternyata apabila sampai muzium masih belum di buka, saya berehat di sekitar muzium dan mengambil beberapa gambar sebelum berkira-kira untuk menentukan destinasi selepas ini sementara menunggu abang selesai temuduga. Sebelum ke muzium tadi ada terfikir untuk keKuala Pilah untuk ke Makam Tuan Tulis, jadi saya rasa lebih baik meneruskan niat tersebut lalu mengambil jalan ke Ampangan lalu terus ke Kuala Pilah tetapi sampai di simpang ke Kuala Klawang (Jelebu) saya terus mengambil jalan ke Kuala Klawang untuk ke makam Moyang Salleh . Sebelum sampai di makam Moyang Salleh saya sempat melawat ke Masjid Kuala Dulang yang mempunyai sejarah dan Misteri tertentu . Setelah selesai menziarah Makam Moyang Salleh saya membuat keputusan untuk mengambil jalan melalui Simpang Pertang untuk ke Kuala Pilah dan melawat Makam Tuan Tulis di Kampung Talang. Saya kemudian ke Bandar DiRaja Seri Menanti yang mana disitu terletaknya Istana Seri Menanti dan Kompleks Makam DiRaja Negeri Sembilan...


Masjid Kuala Dulang, masjid ini adalah masjid yang tertua didaerah Jelebu .Masjid ini dikatakan di asaskan oleh dua orang ulama dari Minang Kabau dalam abad ke 16 . Selanjudnya sila baca penerangan di bawah ya ...



Penerangan tenteng Masjid Kuala Dulang yang bermisteri kerana dikatakan satu waktu dahulu ada dulang yang berisi makanan ditemui tanpa diketahui siapa yang menghidangkannya.



Makam Moyang Salleh Yam Tuan Jelebu..




Makam Moyang Salleh atau yang bergelar Dato' Mendalika Menteri Akhir Zaman Sutan Jelebu yang diberikan Sultan Johor setelah peristiwa "memutuskan tali ke johor".





Dan ini adalah meriam yang dikatakan milik Dato Undang Abdullah kerana dipangkal meriam ini terukir "Undang Abdullah" dalam tulisan Jawi.




Sedikit penerangan tentang Meriam Dato' Undang Abdullah.








Makam Tuan Tulis Ismail, Tuan Tulis adalah seorang agama yang terkenal dengan kezuhudan dan ketekunan dalam beribadah. Terdapat juga cerita tentang ke karomahan beliau yang sering diceritakan orang apabila ada orang yang memberitahu yang dia terjumpa Tuan Tulis di Mekah sedangkan beliau pada ketika itu berada di kampung, sebagai bukti orang yang mengatakan terjumpa dengan Tuan Tulis menunjukkan sebilah pisau milik Tuan Tulis yang tercicir di Mekah ketika membantu memadamkan kebakaran di sana.






Semasa saya sampai makam ini berkunci, saya tidak menalifon pemegang kunci untuk masuk kedalam kerana mahu cepat untuk mengambil abang setelah dia selesai temuduga .





Saya mengintai ke dalam dari tingkap ini .





Istana Seri Menanti yang dikatakan di bina tanpa sebarang paku, didirikan begitu indah dengan kedudukan yang mengambil kira beberapa faktor yang mendorong kesejahteraan penghuni istana.









Replika Batu Kasur dan Batu Tikam . Batu Kasur ini dibina menyerupai bentuk asal Batu Kasur di Alam Minangkabau Sumatera Barat , Indonesia . Setiap anak raja yang bakal menaiki takhta haruslah tidur di batu ini yang dilapik dengan daun 'jelatang' sejenis daun gatal dan beberapa ujian lain selama tempoh yang ditetapkan sebelum dianggap lulus ujian.





Wakaf dalam Kompleks Makam Diraja Negeri Sembilan .



Kompleks makam yang baru.




Kalau tak silap saya ini adalah makam Almarhum Tuanku Jaffar .Sebenarnya sebelum ini saya telah merancang untuk ke Kelantan dan membuat lawatan di beberapa tempat disana tetapi terpaksa dibatalkan kerana urusan kerja . Esok saya akan ke Pahang juga atas urusan kerja dan jika berkesempatan saya akan membuat lawatan disana pula. Oh, sebelum terlupa tajuk yang saya berikan pada posting ini adalah kerana saya membuat perjalanan bermula dengan melalui Bukit Tangga ke Kuala Klawang lalu melalui Simpang Pertang untuk ke Kuala Pilah dan pulang melalui Bukit Putus .