Wednesday, February 4, 2009

Langgam Pak Dogol

Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung berpaulan diambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana

Apa hikmah tersemat di balik perintah!
Ke hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan duk nengu sugul
Adat wira harus tahan uji

Ya kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti

Langgam Dogol langgam keramat
Bisik-bisik dalam kelambu
Lagak bodoh tapi tapi bersengat
Bila ngelik dia, dia main siku

Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh !

Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh
Bersambunglah litar dentum dentam
Hujan tak turun laut berlimpahan
Ghalik merancang dendam seribu malam
Koho sie koho bergande rawe

Keronsang terlekat kerana peniti
Hujan pelangi pula sebabkan igauan
Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan
Dikandung badan !
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang


M.nasir/Lolok

Monday, February 2, 2009

Sekeping Gambar Lama


Ha! siapa pula ni...?Untuk pengetahuan yang duduk di tengah-tengah tu adalah moyang saya.Dialah yang jga ayah saya masa ayah kecil sehingga berumur belasan tahun disebabkan atuk yang sering meratau kerana bertugas sebagai anggota polis waktu itu.


Dan ni pula rumah peningalan arawah datuk di kampung Ladang, Gemas Negeri Sembilan. Gambar ni di ambil masa kereta tengah berjalan mengakibatkan gambar kurang jelas, maaf ya.Jika dilihat pada bentuk bumbung seperti bumbung minang (tanduk kerbau)...........